CLOSE
CLOSE AD

Sonakshi Sinha Tampil Dalam Lagu Baru Filem "Khandaani Shafakhana"

  • 17 Jul 2019
Sonakshi-Sinha-Tampil-Dalam-Lagu-Baru-Filem-Khandaani-Shafakhana

Selepas melancarkan lagu rancak bagi filem "Khandaani Shafakhana" yang dibintangi Sonakshi Sinha, kini pembikin filem sekali lagi tampil dengan lagu baru.

Kali ini, melodi lagu yang diberi judul "Dil Jaaniye" itu lebih perlahan bagi menambah suasana romantik dalam babak yang dilakonkan aktres tersebut bersama gandingannya.

Sonakshi akan dilihat membawa watak Baby yang bercinta dengan aktor Priyansh Jora dalam filem tersebut. Lokasi penggambaran lagu itu dijalankan di sebuah pasar yang sesak dengan orang ramai.

Dalam pada itu, Sonakshi turut mengakui bahawa terdapat satu babak dalam filem yang dianggap paling sukar pernah dia lakonkan.

"Saya melakonkan babak paling susah sepanjang karier saya di mana dalam filem ini, saya perlu mempromosikan klinik di tengah-tengah pasar yang sesak.

"Saya perlu menaiki sebuah basikal sambil memegang sepanduk yang tertulis perkataan 'seks' di atasnya serta menyebut beberapa masalah kesihatan dalaman yang berkaitan," ujarnya menerusi laporan dari The Indian Express.

Walaupun berasa malu untuk melakonkan adegan tersebut, namun Sonakshi diberi keyakinan oleh pengarah Shilpi Dasgupta untuk melakukannya.

Aktres itu turut mendedahkan bahawa dia teragak-agak untuk menerima tawaran pada mulanya tetapi mengubah fikiran selepas membaca dan memahami skrip filem.

Sonakshi beranggapan bahawa subjek yang ditonjolkan dalam filem mengenai pembelajaran seks itu relevan dengan situasi sebenar pada masa kini.

Filem "Khandaani Shafakhana" mengisahkan tentang seorang gadis yang perlu mewarisi klinik milik bapa saudaranya. Filem itu turut menampilkan Varun Sharma dan penyanyi rap Badshah.

Dalam perkembangan baru, Sonakshi juga akan membintangi filem "Dabangg 3" di mana dia akan dilihat membawa watak isteri kepada Salman Khan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

Sumber artikel: The Indian Express
Sumber foto: Sonakshi Sinha Instagram



Suggested Articles

Hrithik-Rohsan-mahu-tarik-diri-dari-Satte-Pe-Satta Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Nov 2019

Hrithik Rohsan mahu tarik diri dari "Satte Pe Satta"?

Aktor itu dikatakan mungkin akan tarik diri dari filem 'remake' "Satte Pe Satta".

Shah-Rukh-Khan-tiada-masalah-berlakon-guna-skrin-hijau Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Nov 2019

Shah Rukh Khan tiada masalah berlakon guna skrin hijau

Bintang terkenal itu telah menjalani penggambaran filem "Brahmastra" baru-baru ini.

Manushi-Chhillar-buat-debut-Bollywood-dalam-filem-Prithviraj Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Nov 2019

Manushi Chhillar buat debut Bollywood dalam filem "Prithviraj"

Ratu cantik Miss World itu akan bergandingan dengan peneraju utama Akshay Kumar.

Tabu-sah-bakal-bintangi-Bhool-Bhulaiyaa-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Nov 2019

Tabu sah bakal bintangi "Bhool Bhulaiyaa 2"

Aktres itu akan menyertai Kartik Aaryan dan Kiara Advani dalam filem paling dinanti-nantikan peminat.

Ira-Khan-makin-selesa-mengarah-pementasan-teater Bolly Lah
ARTICLE
  • 15 Nov 2019

Ira Khan makin selesa mengarah pementasan teater

Anak aktor terkenal Aamir Khan itu turut bercadang belajar mendalami bidang lakonan.

Parineeti-Chopra-Tarik-Diri-Dari-Filem-Bhuj-The-Pride-of-India Bolly Lah
ARTICLE
  • 14 Nov 2019

Parineeti Chopra Tarik Diri Dari Filem "Bhuj: The Pride of India"

Aktres itu terpaksa berbuat demikian kerana terikat dengan dua buah projek lain.