CLOSE
CLOSE AD

Shraddha Kapoor Alami Kecederaan di Set Penggambaran

  • 24 Jul 2019
Shraddha-Kapoor-Alami-Kecederaan-di-Set-Penggambaran

Malang tidak berbau apabila aktres Shraddha Kapoor dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian buku lalinya di set penggambaran filem "Street Dancer 3D".

Difahamkan ketika kejadian, Shraddha sedang sibuk menjalani sesi latihan tarian sebagai persiapan filem itu sebelum buku lalinya terseliuh.

Berikutan perkara itu, dia telah memuat naik foto kakinya sedang dirawat oleh ahli fisioterapi, Fatema Rangwala, yang bekerja di set penggambaran tersebut pada Isnin.

"Rawatan buku lali oleh ahli fisio kami Fatema di set. Mulanya cedera di leher, kemudian di bahu dan sekarang buku lali saya pula. Terima kasih kerana membantu," ujarnya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram.

Bagaimanapun, menurut laporan yang dipetik dari India Today, Shraddha tidak berkongsikan butiran lanjut mengenai kecederaannya itu.

Baru-baru ini juga, aktor Varun Dhawan telah mengalami kecederaan di lutut ketika berlatih menari bagi filem yang sama di sebuah studio di Mumbai.

Menerusi beberapa rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram, Shraddha dan Varun dilihat sedang bekerja keras bagi filem tarian yang bakal dibintangi mereka itu.

"Street Dance 3D" adalah sebuah drama tarian yang diarahkan oleh Remo D'souza dan menampilkan barisan pelakon lain seperti rabhudheva, Nora Fatehi, Sonam Bajwa, Shakti Mohan, Vartika Jha, Dharmesh Yelande, Punit Pathak dan Raghav Juyal.

Tayangan filem itu dijadualkan pada 24 Januari 2020 iaitu bersamaan dengan Hari Republik India.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: India Today)
(Sumber foto: Deccan Chronicle)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!