CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar ingin bintangi filem 'multiple-hero'

  • 19 Aug 2019
Akshay-Kumar-ingin-bintangi-filem-multiple-hero

Aktor Akshay Kumar meluahkan keinginannya untuk membintangi naskhah yang mempunyai ramai watak utama atau filem 'multiple-hero'.

"Saya teringin untuk bekerja dalam filem yang mempunyai empat atau lima hero. Yang penting wataknya sesuai dan saya tahu saya terlibat dalam sebuah filem yang bagus, "katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Dalam pada itu, Akshay turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir aktor yang enggan melibatkan diri dalam filem yang mempunyai lebih dari seorang watak utama, sebaliknya hanya menerima tawaran yang mengetengahkan seorang hero sahaja.

"Sejujurnya dan tanpa menyatakan sebarang nama, aktor dalam industri kami masih tidak faham yang mereka perlu membintangi filem yang mempunyai dua atau tiga watak utama.

"Saya sudah cuba untuk mencari tahu mengapa mereka enggan melakukannya. Semua orang mahukan filem solo. Ternyata ianya sangat berbeza dengan generasi lama – generasi saya," luahnya lagi.

Menurut aktor filem "Mission Mangal" itu, dia menyifatkan aktor pada zaman ini sukar untuk bekerjasama kecuali jika didesak beberapa kali. Dia turut membandingkan perkara ini dengan industri Hollywood.

Beralih ke perkembangan lain, filem "Mission Mangal" dilaporkan telah berjaya meraih kutipan tinggi serta menerima sambutan yang menggalakkan sejak hari pertama ia ditayangkan iaitu pada 15 Ogos.

Ia diinspirasikan dari kisah benar mengenai sebuah misi mengorbit planet Marikh termurah di dunia. Pelancaran Misi Orbit Marikh (Mangalyaan) itu telah berjaya dilakukan oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Filem bertemakan angkasa lepas itu menampilkan Akshay bersama barisan pelakon lain seperti Vidya Balan, Sonakshi Sinha, Taapsee Pannu, Nithya Menen, Sharman Joshi dan Kirti Kulhari.

(Sumber foto: Decider)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.