CLOSE
CLOSE AD

Ali Fazal Bakal Bintangi Filem Adaptasi "Death on the Nile"

  • 12 Sep 2019
Ali-Fazal-Bakal-Bintangi-Filem-Adaptasi-Death-on-the-Nile

Aktor Ali Fazal bakal bekerjasama dengan pengarah dan aktor Kenneth Branagh apabila dipilih untuk membintangi sebuah lagi filem Hollywood berjudul "Death on the Nile".

Filem bergenre drama misteri jenayah itu merupakan sebuah adaptasi dari novel fiksyen detektif hasil nukilan Agatha Christie yang sama judul pada tahun 1937.

Menurut laporan dari Times of India, Kenneth yang pernah mengarah filem-filem hebat seperti "Thor" dan "Murder on the Orient Express", akan turut membintangi filem itu sebagai watak detektif Hercule Poirot.

Berikutan itu, Ali akan dilihat berkongsi skrin dengan barisan pelakon hebat Hollywood seperti Armie Hammer, Letitia Wright, Tom Bateman serta aktres yang terkenal dengan filem "Wonder Woman", Gal Gadot.

"Saya sangat teruja untuk terlibat dengan projek hebat ini. Saya dan ibu saya sudah lama meminati novel-novel nukilan Agatha Christie," katanya yang akan menjalani penggambaran filem pada bulan ini.

Sebelumnya, Ali telah membuat debut lakonannya menerusi watak sampingan dalam filem Hollywood berjudul "The Other End of the Line" sebelum membintangi siri TV "Bollywood Hero".

Selain itu, dia juga dilihat membintangi dua buah filem besar Hollywood iaitu "Furious 7" dan "Victoria & Abdul", yang menceritakan hubungan antara Ratu Victoria dan pembantu India Muslim beliau, Abdul Karim.

Dalam perkembangan lain, Ali kini sedang sibuk mempromosikan sebuah lagi filem barunya berjudul "Prasthanam" yang turut menampilkan aktor veteran Sanjay Dutt dan Jackie Shroff.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Deccan Herald)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Ekta-Kapoor-berkolaborasi-dengan-Guneet-Monga-hasilkan-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 Nov 2019

Ekta Kapoor berkolaborasi dengan Guneet Monga hasilkan "Pagglait"

Pembikinan filem itu telah diumumkan sebelum ini oleh aktres Sanya Malhotra.

Ankita-Lokhande-Bakal-Ganti-Kriti-Kharbanda-Dalam-Chehre Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Ankita Lokhande Bakal Ganti Kriti Kharbanda Dalam "Chehre"?

Aktres itu dilaporkan telah bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jacqueline-Fernandez-Bakal-Bintangi-Filem-Attack Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Jacqueline Fernandez Bakal Bintangi Filem "Attack"?

Aktres itu disahkan bakal bergandingan dengan John Abraham dan Rakul Preet Singh.

Filem-Debut-Hina-Khan-Hacked-Papar-Sisi-Gelap-Dunia-Siber Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Filem Debut Hina Khan "Hacked" Papar Sisi Gelap Dunia Siber

Filem itu merupakan sebuah thriller jenayah siber arahan Vikram Bhatt.

Nupur-Sanon-Rancang-Buat-Debut-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 Nov 2019

Nupur Sanon Rancang Buat Debut Dalam Filem Bollywood

Walau bagaimanapun aktres itu memberitahu ia bukan dalam masa yang terdekat.

Sanya-Malhotra-umum-filem-barunya-berjudul-Pagglait Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Nov 2019

Sanya Malhotra umum filem barunya berjudul "Pagglait"

Bagaimanapun pembikin filem masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenainya.