CLOSE
CLOSE AD

Kiara Advani Bakal Terajui "Bhool Bhulaiyaa 2"?

  • 19 Sep 2019
Kiara-Advani-Bakal-Terajui-Bhool-Bhulaiyaa-2

Persoalan mengenai aktres yang bakal digandingkan dengan aktor Kartik Aaryan dalam sekuel filem "Bhool Bhulaiyaa 2" akhirnya terjawab apabila Kiara Advani dipilih untuk menerajui filem tersebut.

Menurut laporan dari Pinkvilla, jika Kiara bersetuju dengan tawaran yang diberikan, filem itu akan menandakan debut gandingan kedua-dua mereka di layar perak.

"Penggambaran filem seram komedi itu dijangka bermula pada Oktober depan dan para pelakon akan mula sesi meneliti dan membaca skrip sebagai jadual pertama proses pra produksi," dedah satu sumber terdekat.

Pada Ogos lalu, Kartik telah berkongsikan poster pertama filem sebagai langkah permulaan mempromosikan filem arahan Anees Bazmee itu. Ia dijangka akan ditayangkan pada 31 Julai 2020.

Sebelumnya, filem pertama "Bhool Bhulaiyaa" diarahkan oleh Priyadarshan dan dibintangi Akshay Kumar dan Vidya Balan sebagai watak utama.

Terdapat laporan yang mengatakan Akshay akan membuat penampilan 'cameo' dalam filem sekuel itu tetapi perkara itu masih belum disahkan oleh pembikin filem.

Dalam perkembangan lain, Kiara akan dilihat membintangi sebuah lagi filem seram komedi, "Laxmmi Bomb" dan filem "Good News" bersama Akshay.

Selain itu, dia juga akan berkongsi skrin dengan aktor Sidharth Malhotra bagi filem "Shershaah".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Apherald)
(Sumber artikel: Pinkvilla)



Suggested Articles

Penggambaran-Dostana-2-ditunda-gara-gara-jerebu-teruk Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Nov 2019

Penggambaran "Dostana 2" ditunda gara-gara jerebu teruk

Filem yang menjalani di Delhi terpaksa ditunda berikutan jerebu teruk yang melanda bandar itu.

Akshay-Kumar-cedera-di-set-penggambaran-Sooryavanshi Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Nov 2019

Akshay Kumar cedera di set penggambaran "Sooryavanshi"

Aktor itu sedang menjalani penggambaran bagi sebuah babak aksi penting dalam filem.

Rakul-Preet-Singh-mahu-dilihat-sebagai-aktor-versatil Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Nov 2019

Rakul Preet Singh mahu dilihat sebagai aktor versatil

Aktres itu akan terus bereksperimentasi dalam memilih watak bagi projek filem.

Sidharth-Malhotra-impi-tubuhkan-syarikat-produksi-sendiri Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Nov 2019

Sidharth Malhotra impi tubuhkan syarikat produksi sendiri

Aktor itu bercadang untuk menerbitkan serta berlakon dalam francais filem adiwira.

5-Filem-biopik-sukan-Hindi-yang-telah-dan-bakal-ditayangkan-untuk-2019 Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Nov 2019

5 Filem biopik sukan Hindi yang telah dan bakal ditayangkan untuk 2019!

Jom lihat senarai filem-filem biopik sukan yang telah dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Bhumi-Pednekar-tak-kisah-lakonannya-dikritik Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Nov 2019

Bhumi Pednekar tak kisah lakonannya dikritik

Aktres itu berkata orang ramai boleh kritik persembahannya tetapi bukan pilihan wataknya.