CLOSE
CLOSE AD

Filem "Gully Boy" ke Anugerah Oscar 2020?

  • 24 Sep 2019
Filem-Gully-Boy-ke-Anugerah-Oscar-2020

Gandingan hebat aktor Ranveer Singh dan Alia Bhatt menerusi filem "Gully Boy" ternyata membuahkan hasil apabila filem itu terpilih mewakili India ke Anugerah Oscar 2020 dalam pencalonan awal bagi kategori Filem Cereka Terbaik Antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, Ranveer dan Alia mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan sekalung penghargaan buat Persekutuan Filem India kerana memilih filem mereka untuk dipertandingkan dalam anugerah berprestij tersebut.

""Gully Boy" akan sentiasa menjadi salah sebuah filem kegemaran saya. Seperti biasa, saya akan terus berusaha untuk memajukan industri filem Hindi.

"Saya berasa sangat berbesar hati kerana segala titik peluh dan kerja keras para pelakon dan kru kami dalam membikin "Gully Boy" berjaya membuahkan hasil. Ini merupakan satu kebanggaan buat kami," ujar Ranveer.

Dalam pada itu, Alia juga menyifatkan filem itu adalah sesuatu yang berharga buat dirinya kerana ia turut memenangi anugerah di Festival Filem Melbourne dan ditayangkan di Jepun.

Menurut laporan dari The Indian Express, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti, termasuk penyanyi pop Hollywood Nick Jonas, telah mengucapkan tahniah kepada Ranveer dan Alia atas perkara berkenaan.

Pencalonan terakhir bakal diumumkan pada 13 Januari dan Anugerah Oscar akan diadakan pada 9 Februari 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Prime Video)
(Sumber artikel: The Indian Express)



Suggested Articles

Shah-Rukh-Khan-Dedah-Pernah-Cuba-Beli-Anugerah-Aktor-Terbaik-Filmfare Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Shah Rukh Khan Dedah Pernah Cuba Beli Anugerah Aktor Terbaik Filmfare

Aktor itu pernah menawarkan wang rasuah bagi merangkul trofi anugerah tersebut.

Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

Ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut.

Dipika-Kakar-Terima-Tawaran-Terajui-Siri-TV-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Dipika Kakar Terima Tawaran Terajui Siri TV "Naagin 5"?

Spekulasi mengatakan penerbit Ekta Kapoor sudah lama ingin bekerjasama dengan aktres itu.

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.