CLOSE
CLOSE AD

Filem-filem Bollywood paling 'Hot' Lakonan Sunny Leone

  • 05 Jun 2020
Filem-filem-Bollywood-paling-Hot-Lakonan-Sunny-Leone

Sunny Leone, atau nama sebenarnya Karenjut Kaur Vohra, merupakan seorang model dan bintang filem kelahiran Kanada-Amerika. Sebelum menceburi bidang perfileman, Sunny mempunyai karier sebagai aktres filem dewasa, di mana dia mempunyai sebuah studio bernama Sunlust Pictures. Dia akhirnya bersara dari industri itu pada 2013.

Selain itu, Sunny juga merupakan seorang aktivis yang aktif dalam kempen-kempen melibatkan masyarakat seperti kesihatan, haiwan, dan hak kanak-kanak. Dia telah mendirikan rumah tangga bersama aktor dan pemuzik Amerika, Daniel Weber, mempunyai sepasang bayi kembar yang dilahirkan melalui ibu tumpang.

Biarpun memulakan kerjayanya sebagai aktres filem dewasa, namun Sunny memberitahu dia tidak menyesal menceburi bidang itu kerana ia membantu perjalanan kariernya sehingga kini. Sunny berjaya menempah namanya dalam industri perfileman Bollywood menerusi filem Hindi debutnya "Jism 2". Berikut merupakan senarai filem-filem Bollywood yang dibintangi oleh Sunny, yang mana ada di antaranya dilanda kontroversi atas kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

"Jism 2" (2012)

 

Filem yang memperkenalkan Sunny ke dunia Bollywood. Diarahkan oleh Pooja Bhatt, "Jism 2" merupakan sekuel "Jism" yang diluluskan dengan sijil A oleh Lembaga Pensijilan Filem Pusat (CBFC) kerana mempunyai kandungan seksual yang banyak. Ia dilanda kontroversi apabila posternya dikatakan menciplak visual pertunjukan fesyen Felix Bendish pada 2010 dan diprotes ramai pihak yang berpendapat penglibatan Sunny akan menjejaskan moral masyarakat.

Walau bagaimanapun, filem ini menerima ulasan positif dan negatif daripada para pengkritik yang rata-ratanya memuji persembahan lakonan Sunny yang dilabel sebagai aset filem untuk menutup kekurangan perkembangan jalan ceritanya yang agak perlahan.

Turut dibintangi Randeep Hooda dan Arunoday Singh, ia mengisahkan Izna, seorang aktres filem dewasa, diupah oleh agensi rahsia untuk memerangkap pembunuh upahan bernama Kabir, yang juga bekas kekasih Izna. Situasi menjadi bertambah rumit apabila pegawai agensi Aayan Thakur mula jatuh cinta kepadanya.

"Jackpot" (2013)

 

Berlatarbelakangkan wilayah Goa, di mana pemain-pemain judi dan penipu-penipu licik bermaharajalela di bangunan-bangunan kasino. Tiga penipu licik iaitu Francis, Maya dan Boss Man cuba memperdayakan sesama sendiri untuk mencuri jutaan wang tanpa menyedari sebenarnya diri mereka yang diperdayakan. Siapakah di antara mereka yang akan berjaya dalam segala tipu muslihat itu?

Lembaga Pensijilan Filem Pusat (CBFC) telah menapis sebuah lagu rap berjudul "Eggjactly" dalam filem ini kerana liriknya agak keterlaluan. Perkara itu tidak dipersetujui oleh pengarah Kaizad Gustad. Biarpun begitu, keseluruhan klip lagu tersebut masih dimuat naik secara digital. Malah Sunny juga memberitahu filem itu sesuai buat tontonan sekeluarga dan tidak perlu ditapis. Selain Sunny, filem ini turut dibintangi aktor veteran Naseeruddin Shah dan Sachiin J. Joshi, serta penampilan 'cameo' suami Sunny, Daniel Weber.

"Ragini MMS 2" (2014)

 

Filem ini merupakan kesinambungan kepada filem "Ragini MMS", yang mana di penghujung filem watak utamanya telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat trauma akan gangguan mengerikan di sebuah rumah misteri. Rakaman video kejadian itu mula tersebar, sehingga seorang pengarah tertarik untuk menghasilkan filem seram di rumah tersebut. Malangnya, pengarah, pelakon dan kru produksi filem itu diganggu pelbagai kejadian menakutkan.

Diarahkan oleh Bhushan Patel, filem seram erotik ini menerima sambutan menggalakkan berbanding filem pertama dan berjaya meraih kutipan pecah panggung. Ujar Patel, ia mengandungi adegan dewasa dan babak seram yang lebih banyak. Akan tetapi, filem ini telah diharamkan di Pakistan memandangkan ia bertentangan dengan undang-undang kandungan filem di sana. Selain Sunny, filem ini turut dibintangi oleh Saahil Prem, Anita Hassanandani, Sandhya Mridul dan Divya Dutta.

"Kuch Kuch Locha Hai" (2015)

 

Apabila usahawan kaya raya, Praveen Patel, mendapat tahu bintang filem yang diminatinya, Shanaya, akan ke datang ke Malaysia untuk sebuah pertandingan Hari Kekasih, Patel tahu impiannya akan menjadi kenyataan. Nasib menyebelahinya apabila dia memenangi pertandingan itu dan berpeluang untuk keluar bersama-sama Shanaya. Sepanjang meluangkan masa bersama Shanaya, Patel telah merahsiakan mengenai perkahwinannya, selepas dia mula jatuh cinta kepada aktres itu.

Filem komedi erotik arahan Devang Dholakia ini telah difilemkan di Malaysia, ia dibintangi oleh Sunny bersama pelakon lain seperti Ram Kapoor, Evelyn Sharma, Navdeep Chhabra dan Suchita Trivedi. Jika filem-filem sebegini kebiasaannya ditapis, lain pula dengan pembikin filem ini yang mempromosikannya sebagai filem tontonan sekeluarga, tetapi dilarang oleh Lembaga Pensijilan Filem Pusat (CBFC). Sayangnya, filem ini gagal mendapat sambutan kerana tidak memenuhi cita rasa para penonton, yang memberitahu lawaknya tidak sampai.

"Mastizaade" (2016)

 

Pada 3 Februari 2016, penduduk bandar Punjab telah mengadakan protes untuk menghalang tayangan dan mengharamkan filem ini. Seminggu selepas itu, laporan maklumat pertama (FIR) telah difailkan terhadap Sunny dan aktor Vir Das di Balai Polis Adarsh Nagar, Delhi. Ia susulan filem ini menyentuh sentimen agama, di mana salah satu babaknya seakan menggalakkan penggunaan kondom di dalam sebuah kuil. Selain itu, Lembaga Pensijilan Filem Pusat (CBFC) juga mengambil tempoh enam bulan untuk menapis filem ini memandangkan ia adalah filem komedi seks.

Diarahkan oleh Milap Milan Zaveri, filem ini dibintangi oleh Sunny sebagai dua watak berbeza, bersama Tushar Kapoor dan Vir Das serta penampilan istimewa Ritesh Deshmukh. Ia mengisahkan dua lelaki gila seks, Sunny dan Aditya, jatuh cinta kepada adik beradik kembar Lily dan Laila, yang mengusahakan sebuah klinik untuk merawat individu yang mempunyai masalah seperti mereka.

"One Night Stand" (2016)

 

Pertemuannya dengan Celina dan pengalamannya bermalam dengannya ketika pergi bercuti membuatkan Urvil tergila-gilakan wanita itu sehingga dia mula mengabaikan isterinya. Biarpun telah mendapat tahu bahawa Celina adalah isteri kepada seorang kliennya yang kaya, Urvil masih tidak mahu berputus asa untuk mendapatkan wanita itu dan mula mengekorinya. Perbuatan Urvil akhirnya meninggalkan kesan buruk terhadap rumah tangga dan kehidupannya.

Pada asalnya, pembikin filem berdepan masalah untuk meriliskan filem ini memandangkan topiknya agak kontroversi. Walau bagaimanapun, ia akhirnya diluluskan untuk ditayangkan di pawagam. Menerusi filem arahan Jasmine Moses D'souza ini, Sunny sepatutnya digandingkan dengan Rana Daggubati namun jadual padat aktor itu untuk menjayakan filem "Baahubali" menyebabkan dia terpaksa digantikan dengan Tanuj Virwani.



Suggested Articles

Aishwarya-Rai-Daughter-Test-Positive-For-Covid-19 Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Jul 2020

Aishwarya Rai & Daughter Test Positive For Covid-19!

Aishwarya Rai and Jaya Bachan's Covid-19 test results are finally out... 

6-Selebriti-Bollywood-Yang-Kembali-Bekerja-Dalam-Tempoh-Pandemik Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

6 Selebriti Bollywood Yang Kembali Bekerja Dalam Tempoh Pandemik

Ia susulan kerajaan India melonggarkan sekatan Perintah Berkurung baru-baru ini.

Warganet-Kecam-Tindakan-Karan-Johar-Hadiri-Majlis-Hari-Jadi-Neetu-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Jul 2020

Warganet Kecam Tindakan Karan Johar Hadiri Majlis Hari Jadi Neetu Kapoor

Ia susulan pembikin filem itu dikatakan sedang mengalami kemurungan.

6-Filem-Yang-Shah-Rukh-Khan-Pernah-Tolak Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

6 Filem Yang Shah Rukh Khan Pernah Tolak

Jom ketahui mengapa 'King of Bollywood' ini menolak filem-filem hebat ini!

Pooja-Bhatt-Sindir-Kangana-Ranaut-Kerana-Persoalkan-Nepotisme Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Jul 2020

Pooja Bhatt Sindir Kangana Ranaut Kerana Persoalkan Nepotisme

Aktres itu tampil memberi penjelasan berhubung tuduhan terhadap keluarganya.

Rahul-Roy-Dedah-Sebab-Dia-Undur-Diri-Dari-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Jul 2020

Rahul Roy Dedah Sebab Dia Undur Diri Dari Dunia Bollywood

Aktor itu menjelaskan keputusannya tidak ada kena mengena dengan industri tersebut.