CLOSE
CLOSE AD

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

  • 02 Jul 2020
6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu

Selain persembahan lakonan yang hebat oleh para pelakonnya, filem-filem Bollywood juga sering mengujakan para penonton dengan sinematografinya yang cantik, terutamanya apabila melihat latar belakang dan lokasi penggambaran. Secara tak langsung, para penonton terasa seperti ingin pergi bercuti pula di tempat-tempat berkenaan.

Namun para penonton perlu tahu, penggiat seni filem bukan sahaja mahir menggunakan teknik skrin hijau dan kesan visual (VFX), tetapi juga lokasi yang palsu. Maksud lokasi palsu adalah seperti dalam filem "Hum Dil De Chuke Sanam" yang disangka difilemkan di Itali, tetapi sebenarnya ia difilemkan di Budapest. Kali ini, jom lihat senarai filem Bollywood yang menggunakan lokasi-lokasi penggambaran palsu!

"Chennai Express"

Jika anda telah menonton filem yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone ini, pasti anda terpukau dengan keindahan pemandangan alam semula jadi Rameswaram yang menjadi latar belakang babak-babak romantik. Akan tetapi, anda perlu ia tidak difilemkan di sana, sebaliknya di Wai, yang terkenal dengan kawasan perkhemahan tepi tasik Dhom Dam. Kebanyakan penggambaran babak filem ini telah dijalankan di sana. Bijak juga pengarah Rohit Shetty mencari lokasi penggambaran yang bersesuaian.

"Veer-Zaara"

Selain persembahan lakonan yang hebat oleh Shah Rukh Khan dan Preity Zinta, apa yang menjadi tarikan dalam filem anak beranak pembikin filem Aditya dan Yash Chopra ini adalah sinematografinya. Penonton pasti menyangka filem ini difilemkan di Pakistan. Sebenarnya, rumah agam watak Zaara di Pakistan itu adalah Istana Pataudi yang terletak di Haryana, India. Babak di mahkamah pula difilemkan di Kolej Khalsa, Amritsar.

"Gadar: Ek Prem Katha"

Filem sejarah berlatarkan Pakistan yang dibintangi Sunny Deol dan Amisha Patel ini sebenarnya telah sepenuhnya difilemkan di Lucknow. Penggambaran babak epik 'hand pump' watak Tara Singh dijalankan bangunan Constantia di Kolej La Martiniere. Beberapa babak lagu yang sepatutnya difilemkan di Pakistan juga telah difilemkan di Panchgani, Table Land.

"Mary Kom"

Priyanka Chopra Jonas membintangi filem biopik sukan ini sebagai Mary Kom, atlet tinju India yang memecah rekod sebagai Juara Tinju Amatur Asia sebanyak enam kali. Filem ini menceritakan perjalanan Mary untuk menjadi atlet tinju sehingga kemenangannya di Kejuaraan Tinju Dunia Ningbo 2008. Walau bagaimanapun, atas faktor keselamatan, ia tidak difilemkan di negeri kelahiran Mary di Manipur, sebaliknya ia difilemkan di Dharamshala dan Manali, di mana para pembikin berjaya mengubah suai beberapa elemen untuk ia kelihatan seperti Priyanka berada di Manipur.

"Yeh Jawaani Hai Deewani"

Selepas menonton filem ini, pasti para penonton teringin untuk mengemas barang dan terus pergi berkhemah dan memanjat gunung seperti yang dilakukan oleh Ranbir Kapoor, Deepika Padukone dan rakan-rakan mereka di pergunungan salji Manali. Jangan tertipu, sebenarnya penggambaran tidak dilakukan di sana, tetapi di Gulmarg, di mana suasananya sama seperti di Manali. Walau apapun, kedua-dua lokasi ini mempunyai keistimewaan dan keindahannya sendiri.

"Hum Dil De Chuke Sanam"

Ramai yang menyangka filem romantik Salman Khan dan Aishwarya Rai ini difilemkan di Itali apabila melihat pemandangan dan latar belakangnya. Sebenarnya, filem Sanjay Leela Bhansali ini hanya difilemkan di Budapest, Hungary. Jika anda tak percaya, cuba lihat latar belakang babak ini, di mana terserlah jambatan ikonik Széchenyi Chain Bridge.



Suggested Articles

7-Bintang-Bollywood-Yang-Sanggup-Ambil-Risiko-Demi-Jayakan-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Aug 2020

7 Bintang Bollywood Yang Sanggup Ambil Risiko Demi Jayakan Watak

Bintang-bintang ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi persembahan terbaik.

Billboard-USA-Perjuangkan-Hak-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Aug 2020

Billboard USA Perjuangkan Hak Sushant Singh Rajput

Foto Billboard itu dikongsikan oleh kakak Sushant yang menetap di Amerika Syarikat.

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.

Helaian-Muka-Surat-Diari-Sushant-Singh-Rajput-Telah-Dikoyakkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2020

Helaian Muka Surat Diari Sushant Singh Rajput Telah Dikoyakkan

Peguam Shehzad Poonawalla syak pihak polis menyembunyikan sesuatu tentang kes Sushant.

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.

Rakan-Sushant-Singh-Rajput-Dedah-Aktor-Itu-Mahu-Bercakap-Dengan-Media-Tentang-Disha-Salian Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Rakan Sushant Singh Rajput Dedah Aktor Itu Mahu Bercakap Dengan Media Tentang Disha Salian

Mereka pernah berbual beberapa hari sebelum kematiannya.