CLOSE
CLOSE AD

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

  • 06 Aug 2020
Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger

Ketika ramai yang masih kecewa dengan penangguhan filem "Radhe: Your Most Wanted Bhai" lakonan Salman Khan akibat COVID-19, bintang Bollywood tersohor itu muncul dengan berita baik buat para peminat.

Salman akan kembali menjayakan watak Avinash Singh Rathore (Tiger) dalam filem ketiga dan terakhir dari francais "Tiger", selepas "Ek Tha Tiger" (2012) dan "Tiger Zinda Hai" (2017), terbitan Aditya Chopra di bawah syarikat produksi Yash Raj Films.

"Kos penerbitan "Tiger 3" berada dalam anggaran Rs. 200 hingga 225 crores (RM111.8 juta hingga RM125.8 juta), yang juga kos tertinggi dalam sebuah filem Hindi sehingga hari ini. Akan ada juga kos promosi filem kira-kira Rs. 20 hingga 25 crores (RM11.1 juta hingga RM13.9 juta).

"Kos keseluruhan "Tiger 3" setinggi Rs. 350 crores (RM195.6 juta) tetapi pihak produksi tidak bimbang dengan jumlah kutipannya. Mereka telah mensasarkan kutipan sebanyak Rs. 400 crore (RM223.7 juta) memandangkan kutipan "Tiger Zinda Hai" mencecah Rs. 339.16 crore (RM189.7 juta) di India," dedah sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Jika filem pertama diarahkan oleh Kabir Khan, sementara filem kedua diarahkan oleh Ali Abbas Zafar, kali ini pihak produksi ingin membawa kelainan dan nafas baru dalam filem terakhir bersama pengarah Maneesh Sharma.

Buat makluman lanjut, skrip filem masih dalam proses pembikinan sejak dua tahun lalu, menjanjikan peminat dengan aksi dan drama yang lebih padat berbanding filem-filem yang sebelumnya.

Sesi penggambaran dijangka bermula pada hujung tahun depan di tujuh buah negara di serata dunia, dengan bantuan sekumpulan pakar aksi lagak ngeri antarabangsa.

Setakat ini, pihak produksi masih belum mendedahkan judul sebenar bagi "Tiger 3", dan mereka merancang untuk membuat pengumuman secara rasmi tentang filem itu pada September ini.

Selain "Tiger 3" dan "Radhe", Salman juga mempunyai dua buah projek filem besar yang lain iaitu "Guns Of North", yang turut menampilkan aktor dan adik ipar Salman, Aayush Sharma, serta filem terbitan Sajid Nadiadwala berjudul "Kabhi Eid Kabhi Diwali".

(Sumber: Bollywood Hungama)
(Sumber foto: Pinkvilla & India.com)



Suggested Articles

Sara-Ali-Khan-Dedah-Pernah-Disalah-Anggap-Sebagai-Peminta-Sedekah Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Sep 2020

Sara Ali Khan Dedah Pernah Disalah Anggap Sebagai Peminta Sedekah

Insiden itu berlaku ketika Sara pergi bercuti dengan keluarga beberapa tahun lalu.

Pengarah-Aksi-Hollywood-Korea-Akan-Mengusahakan-Filem-Ajay-Devgn Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Sep 2020

Pengarah Aksi Hollywood & Korea Akan Mengusahakan Filem Ajay Devgn?

Filem baru terbitan Aditya Chopra itu bakal tampil dengan babak aksi berskala besar.

Gauri-Khan-Dedah-Shah-Rukh-Khan-Gemar-Memasak-Ketika-Kuarantin Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Sep 2020

Gauri Khan Dedah Shah Rukh Khan Gemar Memasak Ketika Kuarantin

Isteri kepada aktor itu gembira dapat luangkan waktu bersama keluarganya.

Deepika-Padukone-Menangis-Tiga-Kali-Ketika-Disoal-Siasat-NCB Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Sep 2020

Deepika Padukone Menangis Tiga Kali Ketika Disoal Siasat NCB

Aktres itu telah dikaitkan dengan kes dadah susulan kematian Sushant Singh Rajput.